PENGARUH BUDAYA GLOBALISASI TERHADAP PEMAKAIAN AURAT MAHASISWI

Authors

  • Farah Alya Norlihan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Aqilah Batrisyia Mohd Najit Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nurin Qistina Mohd Azizul Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i1.7225

Keywords:

Aurat, Mahasiswi, Pemakaian Islam, Globalisasi, Pematuhan

Abstract

Aurat merupakan perkara yang amat kritikal dalam agama Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaruh globalisasi kepada aurat mahasiswi muslim khususnya di UiTM kampus Alor Gajah. Masalah kajian timbul apabila terdapat salah fahaman dan pemahaman sendiri berkenaan pemakaian yang mengikut syariat Islam. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti sejauh mana pemahaman mahasiswi terhadap aurat, mengenal pasti kesan budaya global terhadap cara mereka berpakaian, dan menilai sama ada wujud hubungan antara pendedahan kepada budaya global dan pematuhan terhadap etika pemakaian Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengedaran borang soal selidik secara atas talian kepada mahasiswi sebagai kaedah pengumpulan data utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun majoriti mahasiswi memahami asas konsep aurat, pilihan pemakaian mereka banyak dipengaruhi oleh trend fesyen semasa hasil pendedahan kepada budaya global. Kajian mencadangkan agar usaha pendidikan dan kesedaran Islam dipertingkatkan melalui kempen di media sosial bagi memperkukuh kefahaman dan penghayatan pemakaian menurut syariat dalam kalangan mahasiswi.

References

Downloads

Published

2023-04-22