PENGARUH KELEMAHAN IMAN TERHADAP PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI MAKSIAT DI KALANGAN MAHASISWA

Authors

  • Ashfianyra Latip Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Lana Batrisyia Zakaria Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nidaa Ul-Najma Mazlan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i1.7228

Keywords:

Iman, Maksiat, Mahasiswa, Masalah Sosial, Program Agama

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimana kelemahan iman boleh mempengaruhi penglibatan mahasiswa dalam aktiviti maksiat. Masalah seperti penipuan akademik, pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah semakin meningkat di universiti, namun kaitannya dengan tahap keimanan masih kurang dikaji secara mendalam. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana hubungan antara kelemahan iman dengan kecenderungan melakukan maksiat. Kajian ini menggunakan soal selidik terhadap 100 orang mahasiswa universiti awam yang dipilih secara rawak mengikut tahun pengajian dan fakulti. Hasil kajian mendapati bahawa semakin lemah iman seseorang, semakin tinggi kemungkinan mereka terlibat dalam maksiat, terutamanya penipuan akademik dan pergaulan bebas. Kajian mencadangkan agar program yang boleh menguatkan iman dan nilai agama dalam kalangan mahasiswa diperbanyakkan bagi membantu mengurangkan masalah ini.

References

Downloads

Published

2023-04-22