HEDONISME DALAM GAYA HIDUP MAHASISWA: ANALISIS PERBELANJAAN DAN AKTIVITI HIBURAN MALAM DI KAWASAN KAMPUS
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v6i1.7230Keywords:
Hedonisme, Gaya Hidup, Mahasiswa, Hiburan Malam, PerbelanjaanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana pengaruh hedonisme dalam gaya hidup mahasiswa, dengan menumpukan kepada pola perbelanjaan dan aktiviti hiburan malam di kawasan kampus. Masalah utama yang dikenal pasti ialah peningkatan aktiviti luar yang bersifat hiburan dan pemborosan kewangan yang berlaku dalam kalangan pelajar. Objektif kajian adalah untuk menganalisis bentuk hiburan malam yang popular, pola perbelanjaan, dan faktor yang mempengaruhi kecenderungan aktiviti hiburan yang sering dilakukan. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik. Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara pendedahan media sosial, rakan sebaya, dan gaya hidup hedonistik. Kajian mencadangkan agar universiti memperbanyakkan program alternatif yang bermanfaat dan mendidik.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Nurdeena Mohd Faizal, Iman Dania Fashanu Rozaidi, Rayyan El Zahra Mohd Fadzir

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








