TERAS PENGURUSAN ISLAM: ANALISIS KONSEP DAN IMPLIKASI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MODEN
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v5i2.7316Keywords:
Teras Pengurusan Islam, Tauhid, Khilafah, Karamatul Insan, TazkiyahAbstract
Artikel ini mengupas teras pengurusan Islam yang menjadi asas kepada sistem pengurusan yang holistik dan berteraskan nilai-nilai Islam. Teras tersebut merangkumi Tauhid, Khilafah, Taskhir, Tazkiyah dan Karamatul Insan yang membentuk keseimbangan antara pembangunan rohani dan material. Kajian ini meneliti maksud, ciri-ciri, dan aplikasi teras ini dalam pengurusan individu dan organisasi, serta menilai kesannya terhadap masyarakat. Menggunakan kaedah kualitatif dan analisis kandungan dokumen, kajian ini mendapati bahawa penghayatan teras pengurusan Islam mampu membentuk masyarakat yang berintegriti, harmoni dan bertanggungjawab. Artikel ini turut membincangkan isu-isu semasa berkaitan pelaksanaan nilai-nilai ini dalam konteks Malaysia hari ini. Implikasi pengurusan berasaskan Islam bukan sahaja meningkatkan kualiti organisasi tetapi juga memperkukuhkan hubungan sosial dan spiritual dalam masyarakat.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Nur Fatin Najwa Azmee, Noranisah Syahirah Rominuddin, Nur Khaireen Khumaira Hasmadi, Nur Aleya Sofia Al Jefry, Nur Aliah Nadhirah Sallehuddi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.






