KESEDARAN MAHASISWA MUSLIM TERHADAP ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Authors

  • Anas Muhammad Adam Anas Zairi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka
  • Harith Mahayuddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka
  • Nazmi Nazri Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v5i2.7318

Keywords:

Kesedaran Mahasiswa, Etika Digital, Media Sosial, Akhlak Islami, Pengguna Muslim

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kesedaran Islam dalam kalangan pengguna media sosial terhadap etika penggunaannya serta mengenal pasti pengaruh prinsip-prinsip Islam terhadap tingkah laku digital mereka, memandangkan wujudnya masalah penyalahgunaan media sosial seperti penyebaran fitnah, ujaran kebencian, dan konten tidak bermoral terutamanya dalam kalangan generasi muda. Objektif kajian bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran mahasiswa berdasarkan prinsip syariah, menganalisis hubungan antara kefahaman nilai Islam dengan amalan digital, dan mencadangkan langkah penambahbaikan . Dengan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik, seramai 101 orang mahasiswa yang bagi meningkatkan kesedaran etika mahasiswa dalam penggunaan media sosial dilibatkan untuk menjawab soal selidik yang disediakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden dengan kefahaman agama yang baik lebih cenderung mengamalkan etika Islam seperti mengelak fitnah, menjaga aurat, dan berkomunikasi secara sopan. Justeru, pengkaji mencadangkan pengwujudan modul Etika Media Sosial berdasarkan perspektif mahasiswa di universiti, kempen kesedaran melalui Instagram dan YouTube, serta penglibatan duta digital mahasiswa bagi mempromosikan penggunaan media sosial yang beretika selari dengan nilai Islam.

References

Downloads

Published

2022-10-22