PENGARUH PERSEKITARAN KAMPUS TERHADAP PERILAKU TIDAK BERETIKA
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v5i2.7320Keywords:
Persekitaran Kampus, Perilaku Tidak Beretika, Integriti Akademik, Tekanan Akademik, Pengaruh SosialAbstract
Isu persekitaran kampus dan pengaruh menjadi punca kepada perilaku yang tidak beretika. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti hubungan persekitaran kampus (fizikal, sosial, akademik) dengan peningkatan perilaku tidak beretika dalam kalangan mahasiswa, merespons fenomena plagiarisme, penipuan akademik, dan pelanggaran integriti di universiti. Objektif utamanya adalah menganalisis pengaruh faktor persekitaran kampus iaitu kawalan pengawasan, budaya kelompok, kecukupan fasiliti terhadap kecenderungan perilaku tidak beretika. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana borang soal selidik di dalam talian diedarkan kepada 55 responden menggunakan Google form. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden berpendapat tekanan akademik dan pengaruh rakan sebaya menjadi punca besar kepada perilaku tidak beretika sedangkan pengawasan terhadap pendidikan boleh menjadi faktor untuk mengurangkan isu ini. Berdasarkan daripada kajian, cadangan yang boleh dilakukan untuk membendung perkara ini adalah pengukuhan modul integriti akademik, penambahbaikan sistem sokongan mahasiswa, dan penciptaan persekitaran pengawasan proaktif.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








