PERANAN AKHLAK DALAM PENGUKUHAN ETIKA PERNIAGAAN ISLAM KONTEMPORARI

Authors

  • Nuraina Sakinah Hassim Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Khairul Nur Arniesha Shanrosmi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Izzatul Khadijah Hamidi Samsul Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Wafa’ Amal Shafie Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Alya Mohd Azi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i1.7329

Keywords:

Akhlak Islam, Ekonomi Islam, Etika Perniagaan, Riba, Jual Beli

Abstract

Artikel ini membincangkan peranan nilai akhlak dalam konteks ekonomi Islam serta kepentingannya dalam memastikan transaksi perniagaan beretika dan diredhai Allah SWT. Pengurusan perniagaan berlandaskan akhlak menekankan kejujuran, amanah, dan keadilan dalam urusan jual beli. Kajian ini juga meneliti isu-isu yang timbul akibat pengabaian akhlak seperti penipuan timbangan, riba dalam transaksi emas dan perjudian dalam talian yang semakin membimbangkan. Melalui pendekatan kualitatif dengan analisis kandungan terhadap dokumen dan artikel berkaitan, kajian ini mendapati bahawa penghayatan nilai akhlak dalam ekonomi Islam mampu mengekang gejala penipuan dan membentuk sistem perniagaan yang telus serta adil. Kajian ini turut mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas, pendidikan kesedaran pengguna, serta amalan muamalat yang patuh syariah bagi memperkukuh integriti dalam sektor ekonomi Islam.

Downloads

Published

2024-04-15