PERANAN KREDIBILITI PEMPENGARUH DALAM MEMPERKASAKAN PEMASARAN DIGITAL ERA MODEN: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR UITM

Authors

  • Aina Safiyyah Zuhari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Najiihah Misruddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Alya Nabillah Aman Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Insyira Alya Rohimi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Sofya Azwa Abdul Rahman Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Dziauddin Sharif Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i1.7331

Keywords:

Pempengaruh, Kredibiliti, Pemasaran Digital, Media Sosial, Keputusan Pembelian

Abstract

Kajian ini meneliti peranan kredibiliti pempengaruh dalam memperkasakan pemasaran atas talian dalam era digital yang semakin pesat membangun. Dengan peningkatan penggunaan media sosial seperti TikTok, Instagram, dan YouTube sebagai saluran utama komunikasi dan promosi, pempengaruh telah menjadi aset strategik dalam strategi pemasaran digital moden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melibatkan 101 responden dari UiTM Cawangan Bandaraya Melaka melalui edaran soal selidik atas talian. Dapatan menunjukkan bahawa kredibiliti, keaslian, dan interaksi aktif pempengaruh memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. Kajian ini turut mengenal pasti cabaran yang timbul seperti isu etika, reputasi, dan ketergantungan berlebihan terhadap pempengaruh. Justeru, cadangan penambahbaikan seperti latihan, kesedaran etika, dan pemilihan pempengaruh yang berwibawa amat penting bagi menjamin keberkesanan jangka panjang dalam strategi pemasaran digital.

Downloads

Published

2024-04-15