ETIKA DAN ADAB ISLAM DALAM PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL: CABARAN DAN IMPLIKASI KONTEMPORARI

Authors

  • Irdina Ilmuna Mardi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Siti Nur Shakeyra Balqis Bahrum Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Aleeya Safira Ahamad Zaih@Jais Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Farah Anisah Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Adi Amri Mohd Efandi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Muhammad Luqman Nulhakim Azman Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i1.7332

Keywords:

Etika Islam, Adab Media Sosial, Penyebaran Fitnah, Aurat, Buli Siber

Abstract

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden. Namun, perkembangan pesat teknologi maklumat tanpa kawalan yang betul mendedahkan pengguna kepada pelbagai isu etika dan adab, terutamanya dalam kalangan umat Islam. Artikel ini membincangkan keperluan memelihara etika dan adab Islam dalam penggunaan media sosial agar ia menjadi wadah yang bermanfaat dan selari dengan tuntutan syariah. Kajian ini meneliti cabaran seperti penyebaran berita palsu, fitnah, pendedahan aurat, buli siber, serta pergaulan bebas di alam maya yang semakin berleluasa. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dokumen, artikel ini mendapati bahawa pengabaian etika dan adab dalam media sosial memberi kesan buruk kepada keharmonian masyarakat dan imej Islam. Kajian mencadangkan penerapan nilai kejujuran, amanah, menjaga privasi, dan menghormati batas syariah sebagai prinsip utama dalam penggunaan media sosial. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran serta pendidikan berterusan mengenai etika digital perlu diperkukuhkan bagi membentuk komuniti maya yang lebih berakhlak dan bertanggungjawab.

References

Downloads

Published

2024-04-15