PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI: KESAN TERHADAP PEMBELAJARAN DAN KEBERGANTUNGAN AKADEMIK
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i1.7341Keywords:
AI, Kecerdasan Buatan, Pelajar Universiti, Pembelajaran Digital, Etika AkademikAbstract
Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam kalangan pelajar universiti semakin meluas seiring dengan perkembangan pendidikan digital. Kajian ini bertujuan menilai kesan penggunaan AI terhadap proses pembelajaran serta menganalisis tahap kebergantungan pelajar kepada teknologi ini dalam penyempurnaan tugasan akademik. Kajian kes ini melibatkan 50 pelajar universiti di UiTM Cawangan Melaka sebagai responden, dan data diperoleh melalui edaran soal selidik atas talian. Hasil dapatan menunjukkan semua responden pernah menggunakan AI dalam pembelajaran, dengan ChatGPT menjadi alat paling popular. Kebanyakan pelajar mengakui bahawa AI membantu meningkatkan pemahaman konsep, mempercepatkan penulisan tugasan, dan memperluas akses kepada sumber. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan terhadap kemerosotan kemahiran berfikir kritikal, isu plagiarisme, dan tahap kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi. Kajian ini turut mengesyorkan beberapa langkah seperti pelaksanaan literasi AI dalam kurikulum, penyediaan garis panduan penggunaan AI oleh institusi, dan pemantauan berterusan terhadap penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar. Kajian ini menyimpulkan bahawa walaupun AI membawa banyak manfaat kepada pembelajaran, penggunaannya perlu dikawal secara beretika dan seimbang supaya tidak menjejaskan integriti akademik dan pembangunan sahsiah pelajar dalam jangka masa panjang.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








