AJARAN SESAT SEBAGAI ANCAMAN AKIDAH DAN SOSIAL DI MALAYSIA: ANALISIS FAKTOR, KESAN DAN TINDAKAN PENCEGAHAN

Authors

  • Alya Hanan Johanizam Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Alleya Izzati Kornain Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Damia Nordin Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nurin Irdina Husna Mohd Nasir Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Putri Nur Alya DzulKifli Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i2.7343

Keywords:

Ajaran Sesat, Akidah, Media Sosial, Pendidikan Agama, Keselamatan Sosial

Abstract

Fenomena ajaran sesat di Malaysia semakin membimbangkan apabila ia bukan sahaja mencemarkan imej Islam, malah turut mengancam kestabilan sosial, akidah umat Islam, dan keselamatan negara. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor utama penyebaran ajaran sesat, menganalisis kesan terhadap individu dan masyarakat, serta mencadangkan langkah pencegahan yang berkesan. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif, melibatkan analisis dokumen, sorotan literatur serta tinjauan terhadap 50 responden berumur antara 18 hingga 51 tahun melalui soal selidik dalam talian. Dapatan menunjukkan bahawa media sosial menjadi medium utama penyebaran ajaran sesat, manakala kurangnya pendidikan agama dan pengaruh karismatik ketua ajaran turut menjadi faktor pendorong. Kajian ini turut mengenal pasti impak negatif ajaran sesat seperti gangguan mental, perpecahan keluarga, dan rusuhan sosial. Walaupun institusi agama memainkan peranan penting, pendidikan akidah sejak awal, pemantauan media digital serta kerjasama masyarakat adalah antara langkah utama yang dicadangkan. Kajian ini menekankan bahawa pendekatan holistik dan bersepadu diperlukan dalam membendung ajaran sesat yang semakin kompleks, khususnya di era digital yang pantas berubah.

References

Downloads

Published

2024-10-21