ATEISME DAN RUKUN NEGARA: CABARAN TERHADAP PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DI MALAYSIA

Authors

  • Seri Khadijah Nazry Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Wan Humaira Irdina Hafiz Sayuti Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Siti Nur Aliah Izzati Kamarol Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Syed Muhaimin Asyraf Syed Mohamad Ishamuddin Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Aqilah Nasir Hussein Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i2.7344

Keywords:

Ateisme, Rukun Negara, Kepercayaan Kepada Tuhan, Pendidikan Agama, Perpaduan Sosial

Abstract

Ateisme sebagai satu fahaman yang menolak kewujudan Tuhan kini semakin mendapat tempat khususnya dalam kalangan belia di Malaysia, sekali gus mencabar prinsip pertama Rukun Negara iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan”. Kajian ini meneliti faktor penyumbang kepada perkembangan ateisme, kesan sosial dan individu, serta mencadangkan langkah menangani ancaman tersebut. Melalui kaedah kualitatif berbentuk analisis kandungan dan dokumen, kajian ini menghimpunkan pelbagai data daripada jurnal akademik, laporan NGO, kajian kes dan bahan bacaan umum. Hasil dapatan menunjukkan bahawa antara faktor utama penyebaran fahaman ini termasuklah pengaruh ideologi Barat, kelemahan pendidikan agama, serta diskriminasi pentadbiran terhadap golongan tidak beragama. Ateisme turut memberi kesan negatif terhadap keharmonian sosial, kestabilan negara dan ketahanan akidah umat Islam. Antara cadangan yang dikemukakan termasuklah pengukuhan pendidikan agama sejak awal, sokongan psikologi terhadap golongan terkesan, serta pendekatan dialog dan pemulihan secara hikmah oleh institusi agama dan pihak berkuasa. Artikel ini menegaskan bahawa fahaman ateisme perlu ditangani secara holistik kerana ia bukan hanya isu kepercayaan peribadi tetapi juga berkait rapat dengan integriti nilai nasional dan perpaduan masyarakat Malaysia.

References

Downloads

Published

2024-10-21