PERANAN PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL DALAM MEMPERKASAKAN PEMASARAN ATAS TALIAN: SATU KAJIAN TERHADAP PERSEPSI DAN TINGKAH LAKU PENGGUNA
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i2.7351Keywords:
Pempengaruh, Media Sosial, Kredibiliti, Pemasaran Digital, Tingkah Laku PenggunaAbstract
Kemunculan pempengaruh atau influencer sebagai agen pemasaran digital telah memberi impak besar terhadap corak pembelian pengguna dalam era digital. Kajian ini meneliti kredibiliti pempengaruh dalam memperkasakan pemasaran atas talian serta kesannya terhadap keputusan pembelian dalam kalangan pengguna muda. Menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini melibatkan 101 responden daripada UiTM Cawangan Bandaraya Melaka melalui edaran soal selidik atas talian. Dapatan menunjukkan bahawa kejujuran, keaslian, kepakaran, serta interaksi aktif pempengaruh merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap kepercayaan pengguna terhadap produk atau jenama yang dipromosikan. Kajian juga mendapati bahawa majoriti responden pernah membeli produk hasil pengaruh kandungan yang dikongsikan oleh pempengaruh, manakala kebergantungan keterlaluan terhadap influencer boleh mengundang risiko reputasi jenama sekiranya berlaku kontroversi. Selain itu, promosi berlebihan dan kurangnya ketulenan dalam kandungan turut menjejaskan persepsi pengguna. Kajian mencadangkan agar agensi dan institusi pendidikan memainkan peranan dalam membimbing pempengaruh baharu agar lebih profesional dan beretika. Kesimpulannya, kredibiliti influencer merupakan faktor kritikal dalam memastikan kejayaan pemasaran digital yang mampan dan dipercayai pengguna, terutamanya dalam ekosistem sosial media yang semakin kompetitif.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








