KESAN PENYEBARAN MAKLUMAT KESIHATAN TIDAK SAHIH: SATU KAJIAN KES DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Authors

  • Nurin Qistina Mohd Hazrin Fakulti Pengajian Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nurul Iman Syamimi Shamsuddin Fakulti Pengajian Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nurul Asyikin Azman Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Nur Zulaikha Mohd Zamzuri Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka
  • Anis Nafisah Shukor Fakulti Pengajian Dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i2.7352

Keywords:

Maklumat Palsu, Media Sosial, Kesihatan Awam, Literasi Digital, Strategi Pencegahan

Abstract

Penyebaran maklumat palsu berkaitan kesihatan di media sosial semakin membimbangkan, terutamanya selepas pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor penyumbang kepada penularan maklumat tidak sahih, kesan terhadap masyarakat, serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung gejala ini. Pendekatan kajian kes digunakan dengan melibatkan 50 responden terdiri daripada pelajar dan pensyarah UiTM Cawangan Melaka. Kaedah pengumpulan data dilakukan secara kuantitatif melalui borang soal selidik dalam talian, disokong dengan analisis kandungan dari sumber media dan laporan rasmi. Hasil kajian mendapati tiga punca utama penyebaran maklumat palsu ialah kurangnya literasi kesihatan, pengaruh individu berpengaruh (influencer), dan agenda peribadi pihak tidak bertanggungjawab. Implikasi penyebaran maklumat palsu termasuklah hilang kepercayaan terhadap institusi kesihatan, peningkatan rawatan tidak sahih, serta kesan terhadap kesejahteraan sosial dan ekonomi negara. Antara langkah yang dicadangkan ialah pendidikan literasi digital dan kesihatan, penguatkuasaan undang-undang secara lebih tegas, penubuhan pusat maklumat kesihatan rasmi yang mudah diakses, serta kempen kesedaran bersepadu oleh pihak kerajaan dan NGO. Kajian ini menekankan kepentingan kolaborasi antara masyarakat dan institusi bagi mengekang impak buruk maklumat tidak sahih terhadap kesihatan awam.

References

Downloads

Published

2024-10-21