KUALITI GURU BAHASA ARAB KE ARAH MEMPERKASAKAN KETAMADUNAN ISLAM ABAD KE-21

Authors

  • Afirah Ahmad @ Ahmad Rusdi Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
  • Mardzelah Makhsin Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
  • Mohamad Fadhli Ilias Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v4i2.7361

Keywords:

Kualiti Guru, Minat Pelajar, Bahasa Arab, Ketamadunan, Islam

Abstract

Kajian bertujuan untuk mengkaji tahap kualiti diri guru Bahasa Arab dan hubungannya terhadap tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab ke arah menterjemahkan ketamadunan Islam dalam generasi abad ke-21. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik adalah instrumen kajian. Teknik persampelan Rawak Berstrata telah digunakan untuk menentukan sampel. Sampel saiz yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 196 pelajar sekolah rendah. Tahap kewajaran ujian dan soalan dinilai dan diperakukan oleh pakar akademik sebelum kajian dilaksanakan. Keputusan menunjukkan bahawa tahap kualiti diri guru Bahasa Arab adalah tinggi di mana keperibadian seorang guru memberi kesan kepada pelajarnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecenderungan minat pelajar terhadap Bahasa Arab berada pada tahap yang baik dan tinggi. Di samping itu terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan minat pelajar dengan kualiti diri guru. Hasil kajian ini memberikan implikasi kepada pemantapan kualiti pengajaran guru Bahasa Arab dalam meningkatkan sikap yang positif dan minat pelajar dalam menguasai Bahasa Arab ke arah melestarikan ketamadunan Islam Abad Ke-21.

Downloads

Published

2021-12-21