KESIHATAN MENTAL MAHASISWA: KAJIAN TERHADAP PUNCA DAN KESAN STRES SERTA DEPRESI DALAM KALANGAN PELAJAR UITM

Authors

  • Nur Aina Amirah Md Azan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka
  • Nur Farah Afiqah Noorzalizamry Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka
  • Nur Insyirah Mohd Kamal Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka
  • Puteri Nur Chempaka Ellyssya Othman Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka
  • Zuhairah Zuhata Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i1.7387

Keywords:

Stres, Depresi, Pelajar Universiti, Kesihatan Mental, Kesejahteraan Psikologi

Abstract

Stres dan depresi merupakan antara isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, khususnya pelajar UiTM. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca utama yang menyumbang kepada stres dan depresi serta kesannya terhadap kesejahteraan pelajar. Kajian ini menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan soal selidik ke atas 50 pelajar UiTM dan analisis data sekunder daripada jurnal, artikel dan laporan rasmi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tekanan akademik, masalah kewangan, konflik keluarga, dan kekurangan sokongan sosial merupakan antara penyumbang utama kepada stres dan depresi. Selain itu, faktor pembelajaran secara dalam talian dan keturunan juga dikenalpasti sebagai pemangkin kepada isu ini. Dapatan turut menunjukkan bahawa kesan daripada stres dan depresi melampau termasuklah gangguan emosi, insomnia, penurunan motivasi, hilang minat terhadap aktiviti kampus, dan kecenderungan menamatkan pengajian awal. Kajian ini mencadangkan agar institusi pengajian meningkatkan sokongan akademik dan psikososial, manakala keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan aktif dalam memberikan sokongan moral serta menghapuskan stigma terhadap kesihatan mental. Implikasi kajian menunjukkan perlunya pendekatan bersepadu dan holistik bagi memastikan pelajar dapat menjalani kehidupan kampus dengan seimbang, sihat dan produktif.

References

Downloads

Published

2025-04-30