KELANGSUNGAN MADRASAH LUAR BANDAR DI MALAYSIA: ANALISIS CABARAN DAN INOVASI PENGURUSAN MELALUI RESOURCE DEPENDENCY THEORY DAN TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP

Authors

  • Mohd Hasrul Yushairi Johari Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM Kampus Bandaraya Melaka
  • Dziauddin Sharif Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Bandaraya Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i2.9055

Keywords:

Pengurusan madrasah, Resource Dependency Theory, Transformational Leadership, pendidikan luar bandar, Merlimau

Abstract

Madrasah luar bandar di Malaysia berdepan cabaran kritikal dalam aspek kewangan, infrastruktur, dan tenaga pengajar yang mengancam kelangsungan operasi. Walaupun peranan madrasah sangat penting dalam membina modal insan Islam, kajian empirikal berasaskan kerangka teori masih terhad. Kajian ini meneliti cabaran serta inisiatif pengurusan di Madrasah Pondok Pengajian Ilmu Wahyu, Merlimau dengan menggunakan Resource Dependency Theory (RDT) dan Transformational Leadership (TL) sebagai lensa analisis. Reka bentuk kajian kes kualitatif digunakan dengan pengumpulan data melalui temu bual separa berstruktur bersama lima informan utama, pemerhatian lapangan, dan analisis dokumen sokongan. Dapatan kajian mendedahkan lapan tema utama, termasuk kekangan dana operasi, kebergantungan pada sumbangan yang tidak konsisten, komitmen tinggi guru, halangan birokrasi tanah, kesan pandemik terhadap pembelajaran, serta inisiatif perniagaan sosial sebagai strategi kemandirian. Kajian menyimpulkan bahawa madrasah menunjukkan ketahanan dan daya adaptasi melalui kepimpinan transformasional serta inovasi strategik walaupun berhadapan dengan keterbatasan sumber. Penemuan ini bukan sahaja memperkaya pemahaman tentang pengurusan madrasah luar bandar, tetapi juga menegaskan keperluan kepada polisi sokongan kewangan yang lebih berstruktur, sistematik, dan mesra institusi daripada pihak berwajib.

Downloads

Published

2025-10-01