PERSPEKTIF PAKAR TERHADAP KEPERLUAN MODEL HOTEL PATUH SYARIAH BERTERASKAN MAQASID SYARIAH

Authors

  • Siti Nur Husna Abd Rahman Academy of Contemporary Islamic Studie s, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan
  • Rafidah Mohd Azli Academy of Contemporary Islamic Studie s, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan
  • Nursafra Mohd Zhaffar Academy of Contemporary Islamic Studie s, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan
  • Mohd Azam Yahya Fakulti Keilmuan Islam, UNIMEL Melaka
  • Taqwa Zabidi Bahagian Maqasid Syariah, JAKIM

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i2.9062

Keywords:

Hotel patuh syariah, Maqasid Syariah, model perkhidmatan, temu bual pakar, pelancongan Islam, industri hospitaliti

Abstract

Kewujudan hotel patuh syariah semakin mendapat perhatian dalam industri hospitaliti, selari dengan permintaan tinggi daripada pelancong Muslim. Namun begitu, ketiadaan satu model perkhidmatan yang komprehensif berasaskan prinsip Maqasid Syariah menimbulkan kekeliruan dalam pelaksanaannya. Kajian ini bertujuan menganalisis pandangan pakar terhadap keperluan pembangunan model hotel patuh syariah berteraskan Maqasid Syariah di Malaysia. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur bersama informan pakar daripada pelbagai latar belakang, termasuk akademia, agensi kerajaan, dan pengamal industri. Dapatan menunjukkan wujudnya keperluan mendesak untuk satu model yang holistik, merangkumi aspek penjagaan agama, akal, maruah, harta dan nyawa sebagaimana digariskan dalam Maqasid Syariah. Para pakar juga menekankan pentingnya model tersebut mempunyai indikator yang jelas, praktikal dan seragam bagi dijadikan panduan kepada pemain industri. Kajian ini menyumbang kepada pembinaan asas teori dan amalan dalam pembangunan model perkhidmatan hotel Islamik yang lebih sistematik, responsif dan berteraskan nilai maqasid.

Downloads

Published

2025-10-01