DAKWAH DIGITAL DAN GENERASI MUDA: ANALISIS POTENSI, CABARAN DAN STRATEGI MELALUI MEDIA SOSIAL
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i2.9655Keywords:
Media sosial, dakwah digital, generasi muda, strategi dakwah, literasi digitalAbstract
Artikel ini membincangkan penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dalam kalangan generasi muda, dengan memberi tumpuan kepada potensi, cabaran, dan strategi keberkesanan dakwah digital. Kajian ini menggunakan pendekatan perpustakaan dengan meneliti sumber sekunder seperti artikel jurnal, buku, laporan penyelidikan, dan kertas persidangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa media sosial berpotensi besar sebagai wadah dakwah kerana sifatnya yang mudah diakses, interaktif, dan selari dengan gaya hidup generasi muda. Namun, cabaran yang timbul termasuk penyebaran maklumat palsu, isu kredibiliti pendakwah, serta fenomena ketagihan media sosial yang boleh melemahkan nilai agama. Bagi memastikan keberkesanan dakwah digital, strategi holistik diperlukan dengan menekankan ilmu agama yang sahih, kreativiti konten, dan etika digital. Penulis merumuskan bahawa media sosial mampu menjadi “masjid maya” yang efektif sekiranya dimanfaatkan secara bijak, seimbang, dan berlandaskan syariat.
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.






