POKOK ILMU PERADABAN ISLAM BERTERASKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: DARIPADA HADITH JIBRIL KEPADA SIYASAH FIQH AL-WATAN DAN SIYASAH FIQH AL-‘UMRAN DALAM KERANGKA TAJDID KALAM

Authors

  • Azman Yusof Universiti Kuala Lumpur MICET
  • Amran Muhammad
  • Rahimin Affandi Abd Rahim
  • Ibrahim Majdi Mohd Kamil
  • Syamira Shalbi

DOI:

https://doi.org/10.24191/v38cj555

Keywords:

Hadith Jibril, Islamic Epistemology, Tree of Islamic Civilization, Tajdid al-Kalam, Fiqh al-Watan

Abstract

Artikel ini membangunkan satu kerangka epistemologi peradaban Islam berasaskan Hadiith Jibril sebagai definisi dalaman agama yang bersepadu melalui struktur Iman–Islam–Ihsan. Kajian ini berhujah bahawa krisis peradaban Islam kontemporari berpunca daripada fragmentasi epistemologi yang memisahkan akidah, fiqh dan akhlak serta kegagalan mengoperasikan agama sebagai sistem ilmu dan governan yang koheren. Melalui analisis konseptual dan sintesis teori, Hadith Jibril ditafsirkan sebagai epistemologi primer agama, lalu dimodelkan dalam bentuk Carta Pokok Peradaban Islam yang memetakan iman sebagai asas ontologi dan epistemologi, Islam sebagai struktur normatif dan institusional, serta ihsan sebagai prinsip aksiologi dan adab peradaban. Kerangka ini seterusnya diperkukuh melalui Tajdid Kalam sebagai Falsafah Sains Islam dan dioperasikan melalui Fiqh al-Watan ke arah pembinaan Siyasah Fiqh al-‘Umran. Artikel ini menyumbang satu rantaian epistemologi peradaban Islam yang berhierarki, bersepadu dan aplikatif, yang menghubungkan teks hadis autoritatif, teori ilmu dan aplikasi governan secara sistematik, sekali gus menawarkan alternatif konseptual yang kukuh bagi reformasi ilmu dan peradaban Islam kontemporari.

References

Downloads

Published

2026-04-01