Punca Permasalahan Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar SMKA Negeri Pulau Pinang
DOI:
https://doi.org/10.24191/ph1hy455Keywords:
Kemahiran bertutur, bahasa Arab, punca, penguasaan, cabaran, SMKAAbstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti punca kepada permasalahan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan 150 orang pelajar dari SMKA Negeri Pulau Pinang. Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak mudah. Satu set soal selidik yang menggunakan skala likert 5 markah diguna pakai dalam kajian ini. Dapatan kajian menemukan bahawa pelajar SMKA negeri Pulau Pinang tidak mempunyai masalah dari aspek sosial kerana rakan sebaya tidak akan mengetawakan rakan yang lain ketika bertutur dalam bahasa Arab. Selain itu, dari aspek malu, pelajar tidak merasa malu untuk bertutur dalam bahasa Arab. Dari aspek persekitaran sekolah, bahan pengajaran serta peluang untuk bertutur dalam bahasa Arab didapati berada pada tahap yang memuaskan meskipun dapatan masih menunjukkan sebahagian pelajar melaporkan ketidakpastian terhadap kekerapan aktiviti bertutur yang dijalankan secara praktikal di dalam kelas. Di samping itu, dari aspek linguistik, kekurangan kosa kata bahasa Arab dan kelemahan dalam mengaplikasikan penggunaan tatabahasa Arab yang betul merupakan punca kepada permasalahan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab. Sungguhpun begitu, sokongan rakan sebaya dan tahap motivasi intrinsik pelajar didapati berada pada tahap yang tinggi dengan majoriti pelajar yakin bahawa latihan secara konsisten dalam pembelajaran kemahiran bertutur mampu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Luqman Haqim Awang Kecil, Siti Nur Izyandiyana Ab Hadi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.





