KEFAHAMAN AMALAN SOLAT KALANGAN KOMUNITI ORANG ASLI JAKUN

TAHU BARU AMAL ATAU SUDAH TAHU TIDAK AMAL

Authors

  • Ahmad Nawawi Yaakob Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
  • Nurulzulaiha Suhadak Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi MARA, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
  • Siti Nuur-Ila Mat Kamal Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi MARA, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
  • Nurul Badriyah Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
  • Mohamad Zaim Isamail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
  • Mazlynda Md Yusuf Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

Solat, Orang Asli Jakun, Fardu Ain

Abstract

Orang Asli Jakun di Bekok menempatkan sejumlah 1,300 penduduk dengan 10 - 15 peratus adalah komuniti muslim. Walaupun mereka telah lama menerima Islam, namun penghayatan agama, khasnya ibadah solat masih tidak sempurna. Malah boleh dikatakan majoritinya tidak pernah solat walaupun asas ilmu agama telah dipelajari melalui pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong dan aktiviti keagamaan yang dianjurkan di Surau Kampung Kudong. Matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kefahamahan orang Asli Jakun tentang amalan solat dan penghayatannya dalam kehidupan seharian. Kajian berbentukan data kualitatif dengan temubual mendapati responden memahami amalan asas solat seperti konsep asas solat dan bilangannya, rakaat dan rukun-rukunnya dan kepentingan solat. Sungguhpun begitu, rata-rata responden mengakui mereka tidak pernah sempurna solat lima waktu dan jika ada pun hanya sebilangan kecil sahaja. Persoalannya di sini adakah pengetahuan itu menjadi punca mereka sedar untuk solat ataukah sememangnya mereka tahu solat tetapi mereka tidak mahu solat. Ringkasnya, komuniti muslim di sini masih jauh dengan amalan fardu ain khasnya ibadah solat, dan tentunya ia memerlukan komitmen pendidik sebagai murabbi untuk membawa mereka menghayati amalan asas Islam dalam kehidupan seharian.

 

Downloads

Published

2024-10-03

Issue

Section

ISLAMIC STUDIES