ANALISIS KONSEP BAY’ BITHAMAN AJIL (BBA) DALAM METHOD PEMBAYARAN APLIKASI SHOPEE PAY LATER (SPL)

Authors

  • Muhamad Zuhaili Saiman Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam

Keywords:

Bay’ Bithaman Ajil (BBA), Maqasid hifzul mal, patuh Syariah, riba, Shopee Pay Later (SPL)

Abstract

Shopee Pay Later atau SPayLater (SPL) merupakan platform urusniaga dalam talian (online) yang menawarkan sistem pembayaran beli sekarang, bayar kemudian (Buy Now, Pay Later - BNPL). Bayaran pembelian boleh dibuat pada bulan berikutnya sekaligus atau melalui ‘pelan bayaran ansuran’ selama beberapa bulan, sama ada dua bulan, tiga bulan atau enam bulan. Masalah SPL sebelum ini ialah terdapat dua isu syariah yang timbul iaitu caj pemprosesan dan caj pembayaran lewat yang mempunyai unsur riba. Pada Julai 2022, Shopee Malaysia memaklumkan bahawa SPL sudah mendapat pengiktirafan pematuhan syariah dari Amanie Advisors berasaskan kepada Bay’ Bithaman Ajil (BBA). Objektif kajian ini untuk menganalisis konseptual Bay' Bithaman Ajil (BBA) yang dilaksanakan dalam SPL untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjadikannya status patuh syariah. Metodologi kajian yang digunakan ialah reka bentuk kualitatif. Data kajian diperolehi menerusi kajian literatur dan juga analisis kandungan dari sumber primer iaitu web rasmi Shopee dan juga sumber sekunder dari artikel dan jurnal yang berkaitan dengan isu yang dikaji. Kajian mendapati konseptual BBA yang dijalankan dalam SPL telah mengubah akad asal iaitu al-qard (hutang) kepada akad berkonsepkan pembiayaan. Selain itu, caj pemprosesan adalah berasaskan akad ujrah dan konsep caj lewat diubah kepada konsep penalti (gharamah) yang diharuskan di mana caj tersebut disalurkan kepada badan kebajikan bukannya sebagai orientasi tambahan keuntungan. Walaupun begitu, pengkaji berpendapat bahawa jumlah pembiayaan menerusi ansuran SPL perlu dinyatakan secara jelas jumlahnya, bukan sekadar pecahan mengikut tempoh ansuran supaya jelas berapa jumlah ujrah yang diambil. Ini lebih menepati kehendak salah satu dari maqasid hifzul mal (objektif memelihara harta) iaitu ketelusan.

Downloads

Published

2023-09-01