PELAKSANAAN KAEDAH HALAQAH DI MADRASAH AL-DINIYYAH AL-BAKRIYYAH, PONDOK PASIR TUMBUH, KOTA BHARU, KELANTAN
DOI:
https://doi.org/10.24191/JIPSF/v5n22023_99-108Keywords:
Pelaksanaan, halaqah, Pendidikan Islam, Madrasah al-Bakriyyah, Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, KelantanAbstract
Institusi pengajian pondok merupakan institusi pengajian Islam tradisional yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Institusi ini telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Islam di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya. Kaedah pengajian yang dipraktikkan secara asasnya adalah berpandukan model pendidikan di Makkah iaitu berasaskan kaedah halaqah. Kaedah ini telah dipraktikkan secara turun temurun sehingga kini di kebanyakan institusi pengajian pondok di Malaysia. Antara institusi pondok yang masih aktif dalam mengekalkan pengajian cara tradisi ini ialah Madrasah al-Bakriyyah atau dikenali umum dengan nama Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan. Justeru itu, objektif kajian ini ialah melihat pelaksanaan kaedah halaqah dalam pendidikan Islam serta mengkaji pelaksanaan kaedah halaqah di Madrasah al-Bakriyyah, Pondok Pasir Tumboh. Kajian ini akan menggunakan metode kualitatif merangkumi kajian perpustakaan serta kajian lapangan bagi mendapatkan data-data yang diperlukan. Kajian perpustakaan merujuk kepada buku-buku, artikel jurnal serta kertas kerja prosiding. Manakala data lapangan iaitu pemerhatian dan temubual diperolehi dengan cara pengkaji sendiri telah hadir ke Madrasah al-Bakriyyah, Pondok Pasir Tumboh untuk melakukan tinjauan serta menemubual informan yang terlibat. Dapatan kajian ini akan menunjukkan bahawa kaedah halaqah merupakan sistem pengajian utama yang masih dipraktikkan di Madrasah al-Bakriyyah, Pondok Pasir Tumboh. Walaupun berhadapan dengan arus perubahan dan kemodenan dalam siste pendidikan terutamanya pendidikan Islam, namun kaedah halaqah ternyata masih dikekalkan sebagai warisan sistem pengajian Islam sejak zaman berzaman bermula pada zaman Rasullullah SAW. Kelangsungan institusi pengajian pondok sebagai pusat pendidikan Islam ternyata dapat dipelihara sebagaimana dahulu merangkumi kaedah-kaedah pengajian dan pelaksanaannya dalam melahirkan para ulama dan ilmuan Islam yang disegani.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



