MEKANISME I-CSR SEBAGAI MEDIUM KELESTARIAN KEWANGAN GOLONGAN MISKIN RENTAN
Keywords:
CSR, i-CSR, miskin rentan, perbankan islamAbstract
Miskin rentan merujuk kepada golongan individu yang menjadi miskin secara tiba-tiba tanpa mereka bersedia menghadapinya. kemiskinan rentan boleh berlaku disebabkan hilang punca pendapatan disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi kerana pandemik atau bencana. Oleh itu, perlunya mekanisme yang mapan bagi mencapai matlamat kebajikan sosial dan kesejahteraan ekonomi untuk golongan ini. Pembentukan mekanisme i-CSR yang mapan dan holistik mampu menterjemahkan matlamat inisiatif Pengantaraan Berasaskan Nilai (Value-Based Intermediation-VBI) oleh Bank Negara bagi memacu fungsi dan potensi perbankan Islam ke peringkat yang lebih tinggi di samping membantu kerajaan mencapai matlamat 1 SDG 2030 iaitu pembasmian kemiskinan. Bagi mencapai matlamat kelestarian kewangan golongan miskin rentan, kajian ini dilakukan untuk (i) menyiasat mekanisme CSR yang digunakan dalam perbankan Islam di Malaysia dan (ii) menganalisis potensi mekanisme i-CSR dalam membantu golongan miskin rentan mendapatkan pembiayaan dari perbankan Islam. Kajian ini mengadaptasi kaedah kajian eksplorasi melalui kaedah temu bual dan analisis kandungan kajian terdahulu bagi memahami konsep CSR dan i-CSR. Kaedah temu bual dilakukan terhadap informan yang berautoriti dalam mengupas persoalan mengenai CSR dan i-CSR. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan pembentukan mekanisme i-CSR yang standard untuk perbankan Islam di Malaysia mampu merealisasikan agenda pertama Matlamat Pembangunan Mapan 2030 (Sustainable Developments Goals-SDGs) iaitu menghapuskan segala bentuk kemiskinan melalui pemerkasaan pembiayaan mikro untuk golongan miskin rentan.