ETIKA PEMASARAN ISLAM DALAM KALANGAN MUSLIMPRENEUR: ANALISIS TERHADAP PENGGUNAAN MEDIUM FACEBOOK
DOI:
https://doi.org/10.24191/jipsf.v4i2.2690Keywords:
Muslimpreneur, Etika Pemasaran Islam, Pemasaran dalam Facebook, Iklan atas talianAbstract
Kajian ini bertujuan meneliti tahap pelaksanaan etika pemasaran Islam dalam kalangan Muslimpreneur melalui medium pengiklanan di media sosial. Facebook dilihat sebagai media sosial yang popular dalam kalangan peniaga termasuk Muslimpreneur dari pelbagai saiz perniagaan. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis terhadap 32 kandungan bahan iklan dalam Facebook mendapati bahawa Muslimpreneur telah menonjolkan ciri-ciri asas etika pemasaran Islam kecuali berkaitan maklumat pemasaran yang tidak dinyatakan secara jelas dalam bahan pengiklanan. Justeru, satu kajian lanjut berkaitan maklumat pemasaran perlu dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan Muslimpreneur kurang mengambil berat perkara ini dalam bahan promosi yang digunakan.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal Islamic Philanthrophy and Social Finance

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



