CABARAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA PASCA MERDEKA
Keywords:
PKS, industri, global, cabaranAbstract
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memang diakui memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negara menuju kearah negara perindustrian. Kebanyakan pemain industri ini adalah dalam kalangan bumiputera dan pelbagai permasalahan telah digarap hasil daripada kajian-kajian sebelum ini. Kajian berbentuk analisis dokumen ini dilakukan untuk mengupas permasalahan pemain-pemain PKS dalam mendepani cabaran global masa kini. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan Teknik analisis dokumen. Beberapa dokumen yang berbentuk primer dan sekunder telah digunakan seperti artikel kajian, laporan, hasil wawancara dan laporan akhbar. Hasil kajian menunjukkan wujud tiga cabaran utama yang dihadapi oleh PKS iaitu (1) Kekurangan sumber bahan mentah, (2) Sumber kewangan dan (3) Transformasi digital yang terlalu pantas. Beberapa cadangan untuk mengatasi permasalahan ini juga telah dikemukakan dan besar harapan agar ianya menjadi panduan kepada pemain PKS dalam menaikkan imej industri Malaysia di mata dunia.