WARISAN DAN PELESTARIAN EKONOMI MARITIM ERA KONTEMPORARI

Authors

  • Siti Nurul Izza Hashim Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Nor Azlina Abd Wahab Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Wan Hasmat Wan Hasan Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Norajila Che Man Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Mohd. Faizal P. Rameli Universiti Teknologi MARA Melaka

Keywords:

Ekonomi Maritim, Warisan, Pelestarian, Pelabuhan, Kontemporari

Abstract

Malaysia diklasifikasikan sebagai sebuah negara maritim berdasarkan kepada keadaan geografinya yang terletak di laluan utama perdagangan antarabangsa. Sejarah tamadun Melayu telah membuktikan bahawa ekonomi maritim berjaya membangunkan pelabuhan-pelabuhan terpenting sehingga meniti arus kecemerlangan melalui aktiviti perdagangan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti perkembangan ekonomi maritim sebagai warisan dalam tamadun Melayu. Di samping itu, kajian ini turut menganalisis pelestarian ekonomi maritim era kontemporari yang dilihat sebahagian daripada sejarah dan harta negara yang tidak terukur nilai bagi menjamin kepentingan generasi akan datang. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap sumber primer dan sekunder. Kajian sejarah dan kajian dokumen turut dilakukan bagi memastikan kesahihan setiap maklumat yang dikemukakan dan menilai fakta yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa ekonomi maritim telah memperkukuhkan industri maritim dan menjadi teras kemakmuran ekonomi Malaysia. Oleh itu, kelestarian ekonomi maritim era kontemporari perlu diperkasakan bagi memastikan sektor maritim kekal utuh di persada antarabangsa. Implikasi kajian ini ialah ekonomi maritim merupakan satu warisan masyarakat Melayu tradisi yang kekal sehingga kini dalam pelbagai sektor secara relatifnya komprehensif dan tidak terhad kepada industri perkapalan sahaja.

Published

2024-10-03