BENGKALIS SEBAGAI PUSAT PELABUHAN DAN PERDAGANGAN ERA KESULTANAN MELAYU
Keywords:
Bengkalis,, Pelabuhan Melayu, Hubungan Perdagangan, Kesultanan MelayuAbstract
Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan pada abad awal 1400-an menyebabkan Melaka menjadi tumpuan para pedagang Timur dan Barat. Ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 M, merupakan titik awal penguasaan Eropah di kepulauan Melayu yang menyebabkan berdirinya kuasa baru iaitu Johor dinilai sebagai penerus pemerintahan keturunan Melaka. Bengkalis semulanya merupakan wilayah dibawah penguasaan Melaka akhirnya menjadi pelabuahan dan perdagangan milik Johor. Tujun kajian ini adalah untuk mengetahu dan mengidentifaks Bengkalis Sebagai Pusat Pelabuhan Dan Perdagangan Era Kesultanan Melayu. Sifat kajian ini terutama pendekatan campuran seperti studi kes dan kualitatif. Beberapa data diambil dari jurnal dan artikel. Temuan pada kajian ini menunjukkan bahawa Pelabuhan Bengkalis merupakan alternatif baru bagi para pedagang Rumpun Melayu dan Barat menjalankan perdagangannya yang menyebabkan Melaka menjadi sepi. Disaat Portugis jatuh ke tangan Belanda (VOC) pada tahun 1641 hubungan Johor dan pemerintahan Belanda di Melaka menjadi terganggu akhirnya Johor hanya fokus memajukan pelabuhan miliknya sendiri termasuk Bengkalis. Kegemilangan Johor ditandai dengan pesat dan majunya Bengkalis sebagai kota pelabuhan dan pusat perdagangan di Selat Melaka. Barulah setelah terjadi tragedi berdarah pada bulan Ogos 1699 ketika Sultan Mahmud Syah II dibunuh oleh Megat Sri Rama, ekonomi Johor turun secara mendadak, kemudian negeri-negeri Selat termasuk Bengkalis melepaskan diri dari Kerajaan Johor.