AGIHAN MODAL ZAKAT TERHADAP USAHAWAN TANI ASNAF: SATU TINJAUAN AWAL DI MALAYSIA
Keywords:
kualiti hidup, modal, usahawan tani, asnaf, zakatAbstract
Usahawan tani merupakan satu sektor terpenting dalam membangunkan ekonomi negara khususnya negara Malaysia. Ianya adalah kerana manusia fitrahnya memerlukan makanan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Individu yang sihat mampu melakukan ibadah dan meneruskan tanggungjawab kepada Allah, manusia dan alam sekitar. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan mengenai konsep keusahawanan tani secara umum, selain mengkaji program keusahawanan tani yang melibatkan golongan asnaf di Malaysia. Melalui tinjauan itu, pihak lembaga zakat negeri mencetus idea untuk memberi zakat melalui pemberian modal kepada asnaf agar para asnaf boleh menggunakan modal tersebut untuk memulakan hidup baru mereka sekaligus membawa kepada pembebasan dari tergolongnya dalam golongan asnaf pada masa mendatang. Namun, terdapat kajian yang menyatakan pembahagian modal telah diberikan kepada para asnaf dan angkanya juga boleh dilihat kian meningkat dari tahun ke tahun tetapi golongan asnaf yang keluar dari status tersebut tidak selari dengan jumlah agihan yang diberikan. Melalui kajian ini juga pengkaji menggunakan kajian kepustakaan (library research) dan sesi temubual kepada pegawai yang terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Melalui kajian ini, dapat dilihat juga faktor- faktor yang mendorong kepada kejayaan asnaf yang keluar dari status asnaf dan juga faktor yang memberi punca kepada kegagalan asnaf.