KEPELBAGAIAN BENTUK WAKAF HAK MAKNAWI KE ARAH PEMBANGUNAN UMMAH

Authors

  • Siti Syarwani Ghazalia Kolej Profesional Baitulmal
  • Izzah Nur Aida Zur Raffar Universiti Teknologi MARA Melaka

Keywords:

Hak Maknawi, Harta Alih, Harta Tak Alih, Wakaf Manfaat

Abstract

Wakaf adalah salah satu institusi ekonomi Islam yang menggabungkan elemen kerohanian dan kebendaan melalui pemberian manfaat kebajikan dan ekonomi kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan. Walaubagaimanapun, pemahaman mengenai wakaf dalam kalangan masyarakat di Malaysia masih di tahap rendah. Menyedari akan kepentingan harta wakaf yang perlu dibangunkan dan potensi wakaf untuk memenuhi tuntutan kemajuan umat Islam, maka kajian ini dilakukan bertujuan bagi mengenal pasti kepelbagaian bentuk harta wakaf pada masa kini khususnya dalam bentuk hak maknawi ke arah pembangunan ummah. Kajian ini menggunakan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati tiga bentuk harta wakaf yang dapat membangunkan sosio-ekonomi ummah iaitu Harta Tak Alih (caqar), Harta Alih (manqul) serta Hak dan Manfaat (al-huquq wa al-manfaah). Manakala al-huquq wa al-manfaat (hak maknawi) boleh berupa harta intelek, hak cipta, kepakaran, pemilikan hak dan karya inovasi. Implikasi kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat umum berkenaan amalan wakaf dan pembudayaannya ke arah pembangunan ummah.

Published

2024-10-17