KESEJAHTERAAN KESIHATAN RAKYAT MELALUI FILANTROFI ISLAM

Authors

  • Maymunah Ismail Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Mohd Saladin Abd Rasool Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Noormala Rabu Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Marziana Abd Malib Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Sharina Shariff Universiti Teknologi MARA Melaka

Keywords:

Asnaf dan B40, Kesejahteraan Kesihatan, Model Filantrofi Islam

Abstract

Golongan B40 dan kurang berkemampuan seringkali ketinggalan dalam mendapatkan khidmat rawatan yang sewajarnya kerana faktor kesempitan kewangan mereka. Sedangkan mereka berhak mendapat kesejahteraan kesihatan yang sama seperti insan lain. Golongan ini kebanyakannya tidak berkemampuan kerana faktor kemiskinan itu menghalang mereka dari mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan yang memburukkan keadaan, golongan ini akan membiarkan penyakit yang ditanggung melarat sehingga memberi kesan kepada ekonomi pesakit itu sendiri dan juga pembangunan sosio-ekonomi negara. Antara akibatnya ialah pesakit akan hilang mata pencarian disebabkan penyakit yang tidak dapat dirawat dan ini akan menjejaskan ekonomi keluarga mereka, malah sudah tentu ia turut terkait kepada bebanan ekonomi negara kerana akhirnya ia akan menjadi tanggungan kerajaan juga akhirnya. Pengkaji berpendapat filantrofi Islam memainkan peranan penting dalam memperbaiki ekonomi negara melalui susun atur pengurusan tadbir urus dan pengembangan dana Islam secara sistematik untuk disalurkan kepada yang memerlukan. Dana seperti wakaf, zakat, sedekah, hibah dan wasiat dapat memanfaatkan ummah dan khususnya golongan asnaf dan B40. Oleh itu menjadi satu tuntutan yang tinggi untuk mewujudkan model filantrofi Islam untuk kesejahteraan kesihatan asnaf dan golongan B40. Ini sekaligus akan mencapai matlamat kesejahteraan kesihatan dan kehidupan selaras dengan matlamat kelestarian yang mampan (Sustainable Development goal). Oleh itu, kajian ini bertujuan mencadangkan Model Filantrofi Islam Kesejahteraan Kesihatan Asnaf dan B40 dengan membangunkan Pusat Sehenti Rehabilitasi dan Rawatan Kesihatan (PSRR). Kajian ini adalah kertas konsep dan merupakan kajian kualitatif dari kaedah analisis kandungan. Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu meringankan beban peningkatan kos sara hidup dan kos kesihatan yang tinggi kepada golongan asnaf dan B40, meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat dan sekaligus membantu mengurangkan tanggungan ekonomi negara.

Published

2024-11-19