KERANGKA KONSEPTUAL GELAGAT FILANTROPI MUSLIM

Authors

  • Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Rawi Nordin Universiti Teknologi MARA Melaka
  • S. Salahudin Suyurno Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Mohd Zaid Mustafar Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Muhammad Taufik Md Sharipp Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Muaz Mohd Noor Universiti Teknologi MARA Melaka

Keywords:

Filantropi, Gelagat Muslim, Gelagat Filantropi

Abstract

Filantropi Islam bukanlah satu perkara baru dalam kefahaman ilmu Islam dan berjalan serentak dengan amalan umat Islam bagi maksud kesejahteraan ummat. Justeru Islam menekankan kepentingan amalan filantropi ini melalui instrumen zakat, sedekah dan wakaf. Keadaan ini akan lebih signifikan apabila ia dikaitkan dengan isu kemiskinan yang sentiasa menjadi topik perbincangan kalangan sarjana dan pengubal dasar. Persoalannya sejauhmana amalan filantrofi ini diaplikasikan oleh umat Islam? Sehubungan dengan itu, penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi gelagat filantropi dalam kalangan masyarakat Islam. Kajian kualititatif ini menggunakan pendekatan perpustakaan dengan merujuk kepada data-data sekunder yang diperolehi daripada kajian-kajian terdahulu, jurnal serta laporan-laporan oleh institusi Islam. Data-data diperolehi dianalisis secara contents analysis (analisa kandungan). Hasil kajian mendapati terdapat faktor luaran dan dalaman yang menjadi pendorong umat Islam melakukan amalan filantropi. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada majlis agama islam negeri untuk mencari kaedah yang sesuai bagi menarik minat orang islam untuk melakukan filantropi.

Published

2024-11-19