STRATEGI KOMUNIKASI KEDERMAWANAN DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL BERPENGARUH (SOCIAL MEDIA INFLUENCER) DI MALAYSIA

Authors

  • Muaz Mohd Noor Universiti Teknologi MARA Melaka
  • S. Salahudin Suyurno Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Rawi Nordin Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Mohd Zaid Mustafar Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Muhammad Taufik Md Sharipp Universiti Teknologi MARA Melaka
  • Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Universiti Teknologi MARA Melaka

Keywords:

Philanthropy, Communication, Social Media (Socmed), New Media, Social Media Influencer

Abstract

Media sosial merupakan salah satu wahana yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat kini berbanding dengan media lainnya. Seseorang yang mampu menggunakan media sosial untuk menjana perbincangan atau mempengaruhi pengikut-pengikut mereka digelar sebagai Social Influencer (pengguna media sosial berpengaruh). Biasanya mereka adalah orang yang berbakat, berpengetahuan, dan mempunyai pengalaman yang memberi inspirasi kepada orang-orang di sekeliling mereka sama ada keluarga, rakan-rakan atau dari kalangan pengikut (follower) mereka. Hampir kebanyakan dari kalangan mereka dilihat sangat terkehadapan dari sudut kebajikan sosial dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan, sehingga memberi inspirasi kepada ramai orang. Kajian ini bertujuan untuk mengukur strategi media sosial dalam membudayakan sikap kedermawanan, seterusnya mengkaji bentuk atau elemen komunikasi kedermawanan dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya dalam kalangan mereka yang berpengaruh (Social Influencer), seperti Instagram influencers (instafamous), YouTube influencers, Twitter dan lain sebagainya. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah dokumentasi dan observasi, iaitu melakukan pengamatan langsung (termasuk temubual) terhadap pengamal media sosial berpengaruh. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan media sosial dengan strategi komunikasi yang berkesan, sangat efektif dalam membentuk budaya kedermawanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Published

2024-11-19