PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN ASNAF LUAR BANDAR DI NEGERI PAHANG

Authors

  • Mohd Afandi bin Mat Rani Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Shah Alam
  • Muhammad Syahrul Deen Bin Ahmad Rosli Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Shah Alam
  • Shofiyyah Moidin Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Shah Alam
  • Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Shah Alam
  • Faezy Adenan Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Shah Alam
  • Nurul Farhanah Binti Khairuldin Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Shah Alam

Keywords:

asnaf luar bandar, ekonomi, Pahang, pembangunan, usahawan asnaf

Abstract

Keusahawanan luar bandar perlu diberi perhatian yang serius khususnya bagi melahirkan usahawan terutama dari kalangan asnaf zakat. Usahawan yang berkualiti mampu mengubah status masyarakat sekeliling ke arah ekonomi dan sosial yang lebih baik serta berdaya saing. Aktiviti keusahawanan asnaf dilihat masih gagal untuk menarik minat dari generasi muda, dan beberapa sebab telah dikenalpasti termasuk kekurangan pengetahuan tentang perniagaan, latihan dan modal permulaan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan keperluan usahawan zakat pedalaman dan menganalisis faktor kejayaan dan cabaran usahawan asnaf pedalaman di Pahang. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metod pengumpulan data dan analisis data. Metod pengumpulan data dilakukan melalui perpustakaan. Kajian ini turut menggunakan kajian lapangan melalui metod temu bual dan metod pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat keperluan kepada kerangka pembangunan usahawan asnaf sebagai satu inisiatif untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi masyarakat di negeri Pahang, khususnya di kawasan pedalaman.

Published

2024-11-19