SOROTON KAJIAN: PERJUDIAN DIGITAL DALAM PASARAN KEWANGAN

Authors

  • Mohamad Asraff Khirol Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka
  • Muhammad Shazwan Hazmi Zulkifli Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka
  • Ahmad Ariq Ulwan Mohd Ridzuan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka
  • Siti Solehah Mohd Khaseri Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka
  • Nur Irdina Izzati Isa Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka
  • Zunaidah Ab Hasan Centre for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF)

Keywords:

Perjudian Digital, Gamifikasi, Impak Psikososial, Kawal Sedia, Perdagangan Spekulatif

Abstract

Pendigitalan telah mengubah landskap perjudian, dan platform dagangan digital mewujudkan jurang yang berbahaya antara pelaburan dan perjudian dengan menggabungkan elemen gamifikasi yang menarik tetapi berbahaya. Seiring dengan peningkatan kadar ketagihan, ini juga membawa kepada kesan psikososial yang merangkumi tingkah laku impulsif, kemurungan dan kesan negatif terhadap kestabilan kewangan atau perhubungan keluarga. Di Malaysia, cabarannya lebih rumit kerana platform ini sering beroperasi di zon kelabu undang-undang, mengehadkan keberkesanan kawalan kawal selia. Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis mekanisme perjudian dalam perdagangan digital, menilai impaknya terhadap tingkah laku dan kesejahteraan pengguna, serta mengkaji kelemahan pengawalseliaan sedia ada. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah deskriptif dan tematik untuk membentangkan gambaran lengkap tentang fenomena ini dan mencadangkan pelaksanaan langkah pengawalseliaan menyeluruh untuk melindungi pengguna daripada risiko yang semakin membimbangkan yang berkaitan dengan perjudian digital dalam pasaran kewangan.

Downloads

Published

2025-03-19