SOROTAN TREND KESEDARAN AMALAN BERWAKAF DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA DARI TAHUN 2015 HINGGA 2024

Authors

  • Mohd Abdul Nasir Abd Latif Sultan Idris Education University image/svg+xml , Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.24191/7ezeh087

Keywords:

Kesedaran, Wakaf, Masyarakat Islam

Abstract

Konsep menyumbang secara berwakaf telah berkembang dan diterima pakai oleh umat Islam untuk pelbagai tujuan Kebajikan. Pelbagai pihak khasnya MAIN giat menjalankan kempen untuk memungut sumbangan wakaf dengan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan bagi tujuan pembangunan masjid dan sekolah-sekolah berasaskan agama Islam. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauh manakah tahap kesedaran masayarakat Islam terhadap amalan berwakaf. Walaupun data-data tersebut menunjukkan peningkatan, juga kempen-kempen berwakaf dilihat giat dilaksanakan, namun persoalan berkaitan dengan kesedaran berwakaf dalam kalangan masyarakat Malaysia perlu diberikan perhatian. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menjadikan sumber dokumen sebagai data utama kajian. Dapatan kajian menunjukkan kesedaran berwakaf dalam masayarakat Islam dalam tempoh 10 tahun (2015-2024) masih lagi pada tahap yang rendah. Ini disebabkan lima faktor utama iaitu kekurangan sumber manusia dalam mempromosi wakaf, kekurangan maklumat dan pengetahuan mengenai wakaf, hilang kepercayaan atau keyakinan ke atas institusi wakaf, Masyarakat idak boleh membezakan antara wakaf, zakat dan sedekah dan keperluan kepada inovasi dalam memupuk kesedaran berwakaf. Kajian ini memberikan implikasi kepada semua pihak yang menegndalikan wakaf agar menyemak dan memperkasakan semula lima perkara yang menjadi faktor penyumbang kepada kesedaran berwakaf dalam kalangan masyarakat Malaysia.

References

Downloads

Published

2026-03-10