KESEPADUAN SAINS DAN AGAMA DALAM PENDIDIKAN: TINJAUAN PEMIKIRAN BEDIUZZAMAN SAID NURSI
DOI:
https://doi.org/10.24191/ejitu.v7i2.6036Keywords:
Kesepaduan Sains dan Agama, Bediuzzaman Said Nursi, PendidikanAbstract
Bediuzzaman Said Nursi, dikenali sebagai ulama Turki yang terkemuka (1877-1960) telah menawarkan pendekatan alternatif kepada pendidikan dimana beliau mencadangkan idea tentang perdamaian antara sains dan agama. Dalam penulisannya, didapati bahawa Nursi telah menekankan kepentingan menggabungkan ilmu saintifik dengan ilmu tauhid dan amalan Islam. Nursi percaya ilmu pengetahuan sebenar hanya boleh dicapai melalui integrasi kedua-dua bidang ini, selain untuk pembangunan dan pemahaman secara menyeluruh dan holistik tentang dunia. Walaupun kemajuan sains Barat telah mencapai tahap yang sangat cemerlang, terdapat jurang pencapaian yang ketara dari segi aspek kerohanian. Hal ini dapat dibuktikan dengan statistik jenayah dan sosial yang semakin meningkat setiap tahun. Para penuntut ilmu seringkali dipengaruhi oleh ahli akademik Barat yang menggalakkan sekularisme, yang merupakan salah satu faktor yang menyukarkan untuk mencapai kebenaran mutlak. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan perspektif Bediuzzaman Said Nursi mengenai peranan sains dan agama yang saling melengkapi dalam pendidikan. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah deskriptif-kualitatif, iaitu melibatkan tinjauan beberapa artikel jurnal yang berkaitan dengan pemikiran Bediuzzaman Said Nursi mengenai pendidikan dan penubuhan Madrazah al-Zahra, yang mengenalkan idea penggabungan pendidikan sains dan agama dalam silibusnya. Hasil kajian ini akan dimasukkan ke dalam satu set garis panduan pendidikan yang akan memberi manfaat kepada institusi pendidikan di peringkat sekolah rendah dan universiti untuk menyatukan agama dan sains dalam kurikulum.
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.