ANALISIS KURIKULUM HALAL DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KSSM
Keywords:
Kurikulum halal, Pendidikan Islam, Analisis kurikulum, Pendidikan Islam KSSMAbstract
Konsep halalan toyyiba amat dititikberatkan dalam kehidupan umat Islam. Terdapat pelbagai kurikulum, program atau modul dibangunkan khusus untuk memberikan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan halal. Kajian ini bertujuan meneliti kurikulum halal yang diajar kepada murid-murid dengan menampilkan analisis dokumen kurikulum Pendidikan Islam terkini dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Dapatan kajian menemui kurikulum halal diajarkan dalam subjek Pendidikan Islam KSSM bersifat menyeluruh. Terdapat dua kategori kurikulum halal dalam subjek Pendidikan Islam KSSM. Kategori pertama iaitu tajuk secara eksplisit memzahirkan fokus kepada kurikulum halal, dan kategori kedua iaitu tajuk-tajuk yang disentuh secara implisit berkenaan halal dan haram merangkumi bidang; a) Akidah, b) Ibadah, c) Nikah, d) Muamalat, e) Jenayah, dan f) Akhlak. Kajian ini memberi implikasi kepada penggubal kurikulum untuk merangka dan menyesuaikan kesinambungan kurikulum halal yang diterima oleh para murid selepas pengajian di peringkat sekolah menengah. Di samping itu, dapatan kajian ini dapat memberikan panduan atau kerangka kepada para guru Pendidikan Islam supaya dapat menyusun keseluruhan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dengan mengaitkan semua topik PdP kepada konsep umum halal dan haram.
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.