MEMPERKASAKAN INTEGRITI DALAM ORGANISASI ISLAM: SATU TINJAUAN HOLISTIK

Authors

  • Ahmad Faris Ashman Rizal Azwan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Nor Aleeya Maisara Nor Azhar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Syakirah Maisarah Abdullah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Shazlina Abd Razak Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Mai Nur Athirah Mior Helmi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v5i2.7317

Keywords:

Integriti, Pengurusan Islam, Etika, Akauntabiliti, Budaya Organisasi

Abstract

Artikel ini membincangkan konsep integriti dalam pengurusan Islam dengan meneliti aspek kejujuran, amanah, akauntabiliti dan ketelusan yang menjadi asas dalam membentuk organisasi yang cemerlang dan diredhai Allah SWT. Integriti dalam pengurusan Islam bukan sahaja berkait dengan aspek teknikal tetapi juga berkait rapat dengan pematuhan syariah dan akhlak Islam. Kajian ini mengupas dimensi integriti yang meliputi integriti kerja, komunikasi, kewangan dan masa serta isu-isu semasa berkaitan penyelewengan, pecah amanah, rasuah dan penyalahgunaan dadah dalam organisasi. Integriti yang lemah dalam organisasi sering kali menjadi punca kepada keruntuhan institusi dan hilangnya kepercayaan masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis kandungan dokumen bagi mengenal pasti strategi memupuk budaya integriti dalam organisasi Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan berintegriti mampu meningkatkan kepercayaan, produktiviti dan kesejahteraan dalam organisasi. Artikel ini mencadangkan agar dasar etika Islam diperkukuh, latihan integriti dilaksanakan secara berterusan serta budaya syura digalakkan dalam membuat keputusan bagi memastikan amalan integriti dapat diterapkan dengan efektif dalam pengurusan Islam.

Downloads

Published

2022-10-22