PENAFSIRAN SHEIKH AHMAD MUSTAFA AL MARĀGHĪ BERKAITAN SIFAT-SIFAT ALLAH DALAM TAFSĪR AL-MARĀGHĪ: SATU ANALISIS

Authors

  • Anuar Sopian Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Nur Asyikeen Kamarudin Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Fazlinda Hamzah Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Mohd Azlan Shah Sharifudin Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

Keywords:

Penafsiran ayat, sifat Allah, aliran kalam, takwil

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kaedah dan ciri-ciri penulisan Tafsir al-Marāghī dan bagaimanakah pemikiran Sheikh Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī dalam mentafsirkan ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah dalam kitab tafsirnya itu. Selain itu apakah penyebab yang mendorongnya untuk mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Metod pengumpulan data kajian ini dengan menggunakan kajian perpustakaan. Manakala metod analisis data pula menggunakan kaedah deduktif dan analisis dokumen melalui karya Tafsir al-Maraghi itu sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī dalam menganalisis sifat-sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran cenderung dengan pemikiran aliran Muktazilah. Semua sifat-sifat Allah adalah baik dan mengandungi kemaslahatan untuk semua umat manusia. Selain itu, dalam permasalahan yang berkaitan dengan ayat-ayat tajsīm (berjisim) Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī memberikan penafsiran yang sama dengan penafsiran yang diberikan oleh aliran teologi rasional dengan mentakwilkan kata-kata ‘ain, wajh, yad dan yamīn. Beliau tidak menfsirkannya secara harfiah seperti yang dilakukan oleh aliran teologi tradisional. Seterusnya dalam menafsirkan perkataan istawa ‘ala ‘arsy, Sheikh al-Marāghi dilihat agak keberatan untuk mentakwilkannya lebih jauh tetapi tidak menyamakan istiwa Allah dengan istiwa manusia kerana bimbang terjerumus kepada tasybīh dan tajsīm.

References

Downloads

Published

2021-04-30