PEMBANGUNAN MENTALITI LESTARI MASYARAKAT MALAYSIA

Authors

  • Zuhaira Nasrin Mohamed Zin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zul`azmi Yaakob Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Alam sekitar, mentaliti, pendidikan, krisis kemanusiaan, Malaysia

Abstract

Cabaran paling utama dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kemerosotan kualiti alam sekitar di Malaysia adalah dalam berhadapan dengan segelintir individu mahupun masyarakat tertentu yang bermentaliti (cara berfikir) tidak lestari. Biarpun ia bukanlah gambaran keseluruhan mahupun sebahagian besar mentaliti masyarakat Malaysia, namun diibaratkan seperti sikap seorang pemandu kereta yang memandu secara berbahaya di jalanraya sehingga boleh mengancam nyawa semua pengguna lain di jalanraya yang sama walaupun mereka sentiasa mengikut peraturan pemanduan. Justeru, objektif artikel ini adalah membahaskan isu krisis alam sekitar yang berlaku di Malaysia, menjelaskan bentuk mentaliti yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti alam serta menganalisis peranan pendidikan alam sekitar secara rentas kurikulum yang sedia ada. Dengan menggunakan metode analisis dokumen terhadap beberapa penulisan yang membahaskan isu krisis alam sekitar dan pendidikan berkaitan dengannya dalam konteks Malaysia dan global, maka dapatan kajian menunjukkan bahawa perlunya penambahbaikan dalam sukatan dan kaedah penyampaian pendidikan alam sekitar agar ia memberikan impak yang besar dalam membentuk mentaliti lestari dan sejagat.

References

Downloads

Published

2025-07-11