TAHAP AMALAN KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM AL-QURAN IMTIAZ

Authors

  • Azman Che Mat Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
  • Wan Ainun Sailah Wan Adnan Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
  • Azarudin Awang Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
  • Wan Noor Hazlina Wan Jusoh Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu

Keywords:

Kaedah, hafazan, al-Quran, amalan

Abstract

Kaedah hafazan al-Quran merupakan amalan yang dilakukan oleh para penghafaz al-Quran untuk menguasai hafazan al-Quran yang lengkap, iaitu 30 juzuk. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk dipelajari sendiri mahupun apabila disampaikan oleh guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kaedah hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar IMTIAZ (Sekolah Menengah IMTIAZ). Instrumen kajian ini adalah soal selidik yang dibangunkan oleh penyelidik mengikut konstruk yang dirujuk berdasarkan kaedah hafazan al-Ghawthāni (1998). Kajian ini mendapati bahawa tahap amalan kaedah hafazan dalam kalangan responden secara umumnya adalah tinggi, namun ada sebahagian kaedah yang mendapat maklum balas yang rendah dan memerlukan perhatian.

References

Downloads

Published

2025-07-11