KAEDAH KOMUNIKASI NON VERBAL DALAM HAFALAN AL-QURAN DI PRA SEKOLAH
Keywords:
Kaedah Komunikasi, Non Verbal, Hafalan Al-Quran, Pra SekolahAbstract
Komunikasi antara guru dengan murid di dalam bilik darjah penting dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran termasuk hafalan al-Quran di pra sekolah. Pembelajaran al-Quran secara hafalan mampu menjadi pemangkin ke arah melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti kaedah komunikasi non verbal guru hafalan Al-Quran di pra sekolah. Kajian kualitatif ini menggunakan bentuk kajian kes menggunakan penganalisasan data tematik melalui analisis dokumen daripada jurnal, buku, laporan penyelidikan dan sebagainya. Hasil kajian mendapati kaedah komunikasi bukan lisan (non verbal) antaranya mendengar hafalan kanak-kanak, membimbing sehingga mereka mampu menghafal, memberi contoh teladan yang baik dan mendidik dengan penuh kasih sayang. Komunikasi ini juga menggunakan VAK iaitu gaya pembelajaran visual (menggunakan CD, komputer, LCD, gerakan tangan dan sebagainya), gaya pembelajaran auditori (radio) dan gaya pembelajaran kinestetik (memegang atau bermain). Ia menghasilkan inovasi dalam pembelajaran al-Quran yang efektif dan menyeronokkan serta memberi impak positif dalam proses hafalan terutama kepada kanak-kanak pra sekolah.
References
Downloads
Published
Issue
Section
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.








