CABARAN TOLERANSI SOSIAL MENERUSI KEPELBAGAIAN AGAMA DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Authors

  • Muhammad Daniel Mohd Sahid Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka
  • Anas Zahideen Mohammad Ghazali Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka
  • Maisarah Yasmin Ishak Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka
  • Mohamad Dhiya Zulkarnain Edy Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka
  • Muhammad Danial Hakimi Mohd Yazid Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka
  • Nur Syakilla Asyiqin Hasan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka
  • Nur Elliya Maslina Mazli Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka
  • Asma' Wardah Surtahman Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UITM Kampus Alor Gajah

DOI:

https://doi.org/10.24191/ejitu.v8i1.7388

Keywords:

Toleransi Sosial, Agama, Etika, Masyarakat Majmuk, Kepelbagaian Agama

Abstract

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Kepelbagaian ini menjadi ciri identiti kebangsaan dan asas kepada perpaduan negara. Namun, ia juga membuka ruang kepada cabaran dalam mengekalkan toleransi sosial yang stabil, terutama apabila berlaku ketidakseimbangan dalam pemahaman, penghormatan dan interaksi antara agama. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan keterbukaan media sosial, pelbagai isu sensitif yang berkaitan agama mudah tersebar dan mencetuskan reaksi yang negatif. Ketegangan ini tidak hanya berpunca daripada ketidaktahuan, tetapi turut diperburuk oleh sikap ekstremis, naratif politik sempit dan kurangnya pendidikan dam penghormatan terhadap penganut agama yang berbeza. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kes dan literatur semasa. Dapatan menunjukkan bahawa isu penghinaan agama, prejudis antara kaum, dan eksploitasi isu agama boleh menghakis keharmonian sosial. Artikel ini mencadangkan solusi berbentuk pemerkasaan terhadap dialog antara agama terutama di institusi pendidikan. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang lebih saling menghormati dan harmoni.

References

Downloads

Published

2025-04-30