SENI DALAM ISLAM: KAJIAN KHUSUS TERHADAP SENI UKIR

Authors

  • Nor Adina Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Nang Naemah Nik Dahalan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Norsaeidah Jamaludin Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

Keywords:

Seni Ukir, Sejarah Kemunculan Seni Ukir, Ukiran Kayu.

Abstract

Islam telah menghidupkan pelbagai bentuk seni yang sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan semasa. Antaranya ialah seni suara dan lagu, seni ukir, seni khat, seni bina, seni pakaian, seni kesusasteraan Islam dan sebagainya. Seni ukir merupakan salah satu daripada cabang seni sebagai produk klasik warisan orang Melayu. Seni ukir memerlukan kemahiran yang tinggi kerana ianya bukan sekadar hiasan pada bentuk seni rupa sesuatu ciptaan, tetapi juga memperlihatkan elemen ukiran yang simbolik. Seni ukir juga dinamakan sebagai seni pahat yang merangkumi segala apa yang di pahat atau yang di ukir, berbentuk patung-patung manusia, binatang atau apa sahaja yang sifatnya berlembaga, samada ukirannya di dinding-dinding rumah dan sebagainya. Artikel ini akan membincangkan beberapa aspek dalam seni ukir dan pahat beserta konsep, sejarah kemunculan dan juga motif ukiran kayu Melayu.
Kata Kunci:

Downloads

Published

2025-07-13