CARIAN JODOH MELALUI MEDIUM INTERNET

Authors

  • Abdul Rauf Ridzuan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Fakrulnizam Jafri Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan
  • S. Salahudin Suyurno Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
  • Muhammad Taufik Md Sharipp Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Mohd Hilmi Bakar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka

Keywords:

laman jaringan sosial, teman hidup, internet

Abstract

Sebelum wujudnya laman jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan sebagainya, generasi terdahulu lebih menggunakan cara terus bersemuka dengan pasangan yang ingin dikenali dan menggunakan medium seperti surat dan telefon. Dengan adanya laman jaringan sosial boleh menjadikan hubungan terjalin bertambah akrab. Bahkan, sebuah kajian yang dilaporkan oleh takepart.com menyebutkan, satu pertiga perkahwinan yang terjadi di tahun 2005 sehingga 2012 berlaku kerana pertemuan di internet. Data ini menunjukkan perkenalan di internet mula popular pada tahun 2005 di mana pada masa itu Friendster, MySpace, MuslimSpace dan Tagged sangat popular digunakan untuk berhubung dan seterusnya mendapat teman hidup. Faktor laman jaringan sosial seperti interaksi, penglibatan, kualiti dan keintiman (independent variable) dilihat boleh memberi kesan kepada penyatuan hati (dependent variable). Kajian ini berpandukan kepada Teori Sistem Kebergantungan Media (Media Systems Dependency Theory) yang diperkenalkan oleh Sandra Ball-Rokeach dan Melvin DeFleur. Kajian ini menggunakan keadah kuantitatif yang melibatkan 200 responden yang sedang mencari pasangan. Walaubagaimanapun, hasil kajian yang dilakukan menunjukkan responden kurang yakin dan kurang berminat untuk mencari jodoh di internet.

References

Downloads

Published

2025-07-13