HUBUNGAN KENABIAN DALAM DISIPLIN ILMU FALSAFAH DAN TASAWUF MENURUT BADIUZZAMAN SAID NURSI

Authors

  • Muaz Mohd Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
  • Mohd Solahuddin Shahruddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam
  • Mohd Norazri Mohammad Zaini Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam
  • Mohd Paidi Norman Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam
  • Mohd Yusra Abdullah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam

Keywords:

Badiuzzaman Said Nursi, Kenabian, Falsafah, Tasawuf, Ilmu

Abstract

Isu nubuwwah atau kenabian adalah salah satu isu dalam ilmu kalam yang begitu diberi penekanan oleh Said Nursi bukan sahaja dalam penulisannya, bahkan dalam pengamalan hidup sehariannya. Ianya kemudian menjadi skop utama Said Nursi dalam usahanya mengangkat kembali akidah umat Islam, khususnya pada waktu itu, agar selari dengan akidah iman yang dibawa oleh nabi-nabi yang terdahulu. Dalam melestari isu kenabian ini. Said Nursi bukan sahaja mengupas isu ini berdasarkan kerangka ilmu akidah dan syariah, tetapi juga dalam kerangka ilmu yang bersifat kritis dan dilihat berlawanan, iaitu disiplin ilmu Tasawuf dan Falsafah. Dalam kajian ini, penulis akan menghuraikan hubungkait antara isu kenabian yang sering diutarakan oleh Said Nursi dengan dua lapangan ilmu ini secara tuntas, serta menjelaskan polemik perbahasan di antara Tasawud dan Falsafah itu sendiri secara ringkas. Antara metode penulis dalam kajian ini ialah merujuk langsung daripada kitab-kitab Rasail an-Nur, serta melalui sumber-sumber bacaan berkenaan latar belakang pemikiran serta sejarah Badiuzzaman Said Nursi.

References

Downloads

Published

2025-07-13