ELEMEN KETIDAKSANTUNAN DALAM RUANGAN KOMEN MEDIA SOSIAL BERKAITAN LANTIKAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Authors

  • Mohamad Nik Mat Pelet Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam
  • Adib Zakwan Alqayyum Shahbuddin Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam
  • Nurul Nadia Samud Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam
  • Norita Harijaman Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam
  • Nor Hani Suhaimi Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam

DOI:

https://doi.org/10.24191/VoA.v22i2.13436

Keywords:

Strategi Kesantunan Bahasa Kesat Cacian Media Sosial Politik

Abstract

Komunikasi merupakan elemen penting dalam sesebuah peristiwa bahasa sama ada komunikasi secara lisan mahupun tulisan.  Elemen komunikasi juga mengalami perubahan gaya penyampaian yang berbeza-beza antara individu ketika berhubung mahupun berinteraksi sehingga mendorong kepada kepelbagaian penggunaan corak atau gaya bahasa.  Antara perubahan paling ketara apabila penggunaan bahasa kesat, bahasa kasar dan cacian mendominasi dalam sesuatu isu yang tular. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan bahasa kesat dan cacian dalam ruangan komen Facebook berkaitan isu lantikan hakim Mahkamah Persekutuan berasaskan Strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996) dan disokong oleh Formula Ketidaksantunan Konvensional Culpeper (2011). Hasil analisis kajian mendedahkan kewujudan empat daripada lima Strategi Ketidaksantunan yang dikemukakan oleh Culpeper (1996), iaitu ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, dan sarkastik atau sindiran, manakala strategi kelima, iaitu menahan kesantunan tidak ditemukan dalam dapatan kajian. Hasil daripada penelitian mendapati ketidaksantunan bahasa penggunaan bahasa kesat dan cacian menerusi ruangan komen media Facebook adalah satu bentuk tindak balas daripada pencetus yang mendorong sesuatu ujaran.  Pengguna media sosial tidak lagi berselindung di sebalik akaun palsu untuk memberi pendapat atau pandangan tentang sesuatu isu malah, semakin berani mengeluarkan kata-kata kesat mahupun cacian demi kepuasan dan kepentingan peribadi.  Justeru, dengan adanya kajian ini dapat meningkatkan kesedaean masyarakat terutamanya pengguna media sosial dalam menjaga tutur kata dan peka dengan keperluan menjaga kesantunan bahasa dalam komunikasi.

References

Asmah Omar. (2007). Kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azianura Hani Shaari & Mohammad Rahim Kamaluddin. (2019). Buli Siber: Ketidaksantunan Bahasa dan Etika Media Sosial dalam Kalangan Rakyat Malaysia. e-Bangi: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan,16 (6), 1-16.

Azman Yusof. (2024). Ketidaksantunan Berbahasa dalam Kalangan Belia. Majalah Wadah DBP

Culpeper, J. (1996). Towards an anatomy of impoliteness. Journal of Pragmatics, 25, 349–367.

Culpeper, J., Bousfield, D., & Wichmann, A. (2003). Impoliteness revisited: With special reference to dynamic and prosodic aspects. Journal of Pragmatics, 35(10–11), 1545–1579. https://doi.org/10.1016/S0378-2166(02)00118-2

Culpeper, J. (2011). Impoliteness: Using language to cause offence. Cambridge University Press.

Harris, S. (2011). The limits of politeness re-visited: Impoliteness in public discourse. Journal of Politeness Research, 7(1), 41–67.

Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2013). Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam Kalangan pelajar Universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi, 29 (2), 125-140.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Khadir Abdul Wahab, Mohd NorTaufiq NorHashim & Wan Azni Wan Mohamad. (2021). Aspek Kesantunan dan Ketidaksantunan Berbahasa dalam Kalangan Pelajar Bahasa Melayu: Satu Kajian Perbandingan Dua Buah Negara. Jurnal Bahasa dan Linguistik, Vol.3 (2),

Nur Aisyah Mohamad Taufek & Aminnudin Saimon. (2022). Strategi Ketidaksantunan dalam Filem Seri Mersing. International Young Scholars Journal Of Languages, 5(1), 26-48.

Nur Ashikin Syahirah Zamri & Azean Idruwani Idrus. (2024). Wacana Perbualan Bahasa Tabu Dalam Kalangan Pengguna Media Sosial Twitter @ X Berdasarkan Ciapan Terpilih Berkaitan Dengan Dimensi Sosial. Journal of Business and Social Development, 12(2), 61-77.

Romlah Ramli. (2019). Emosi dan ekspresi budi bahasa remaja dalam interaksi atas talian. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(8), 231-240. https://doi.10.35631/ijhpl.280017

Sara Beden & Nurul Jamilah Rosly. (2022). Strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996) Sebagai Tanda Keprihatinan Netizen Semasa Penularan Wabak Covid-19. Jurnal Melayu Sedunia, 5(1), 35-54.

Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Mohd Anuar Ramli, Che Zarrina Sa'ari, Azah Anir Norman, Mohd Anuar Mamat, Muhammad Hazim Mohd Azhar. (2022). Penggunaan Media Sosial Baharu: Isu-isu dan Panduan Perspektif Islam. Jurnal Usuluddin, 50 (1), 73-96.

Zulkifley Hamid, & Naidatul Zamrizam Abu. (2016). Ketidaksantunan bahasa dalam komunikasi maya. Jurnal Bahasa, 16(2), 2

Downloads

Published

2026-07-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

Pelet, M. N. M., Shahbuddin, A. Z. A., Samud, N. N., Harijaman, N., & Suhaimi, N. H. (2026). ELEMEN KETIDAKSANTUNAN DALAM RUANGAN KOMEN MEDIA SOSIAL BERKAITAN LANTIKAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN. Voice of Academia, 22(2), 101-114. https://doi.org/10.24191/VoA.v22i2.13436