Strategi Retorik Berita Televisyen PRN 2023: Kajian Perbandingan Buletin Utama dan Awani 7:45
DOI:
https://doi.org/10.24191/ccejsp81Keywords:
Strategi Retorik, Analisis Perbandingan, Liputan Politik, Buletin Utama, Awani 745Abstract
Dalam landskap politik pasca Pilihan Raya Umum ke 15, Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN 2023) menjadi pentas penting untuk menilai kekuatan naratif media arus perdana dalam membentuk persepsi politik masyarakat. Walaupun berdepan persaingan daripada media digital dan media sosial, berita televisyen seperti Buletin Utama di TV3 dan Awani 7:45 di Astro Awani kekal sebagai rujukan utama bagi khalayak mendapatkan maklumat politik. Namun begitu, kajian empirikal yang meneliti secara khusus strategi retorik dalam penyampaian berita televisyen di Malaysia masih terhad. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis strategi retorik yang digunakan oleh kedua-dua segmen berita tersebut sepanjang PRN 2023. Metode kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap 26 klip berita politik yang dipilih secara purposif daripada siaran Buletin Utama dan Awani 7:45. Analisis berpandukan Teori Retorik Moden yang memfokuskan tiga elemen utama iaitu ethos, logos dan pathos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Buletin Utama lebih menekankan elemen ethos dan logos melalui penegasan kredibiliti sumber serta hujah berfakta, manakala Awani 7:45 lebih cenderung mengaplikasikan elemen pathos bagi membangkitkan emosi dan keterlibatan penonton. Perbezaan strategi ini berpotensi membentuk variasi tafsiran khalayak terhadap isu politik dan seterusnya mempengaruhi tahap polarisasi politik. Kajian ini menegaskan kepentingan memahami peranan retorik media televisyen dalam membina wacana politik yang lebih seimbang dan beretika.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Amira Suraini Che Mohamad, Syamsyul Anuar Ismail

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.





